Tuesday, January 15, 2008

Mark-up dan Margin

Apa itu Mark-up dan Margin? Mereka merupakan nisbah keuntungan yang dikirakan secara peratusan. Perbezaan antara Mark-up dan margin hanyalah Mark-up dikirakan atas kos dan margin dikirakan atas jualan.

Oleh itu, fomula pengiraan Mark-up adalah seperti berikut:

Mark-up = [Keuntungan (Profit) / Kos (Cost)] x 100

Contoh: Cost price = RM 3, anda hendak untung RM 0.50. Oleh itu, Mark-up = [0.50 / 3] x 100 = 16.67%. Atau Cost of sales = RM 13,000, Gross Profit = RM 5,500, Mark-up = [5,500 / 13,000] x 100 = 42.31%.

Fomula pengiraan Margin adalah:

Margin = [Keuntungan (Profit) / Jualan (Sales)] x 100

Contoh: Selling price = RM 4, untung RM 1, Margin = [1/4] x 100 = 25% atau Sales = RM 20,000, Gross Profit = RM 5,000, Margin = [5,000/20,000] x 100 = 25%.

Jika anda hendak mark-upkan barangan sebanyak 80%, harga belian ialah RM 18, setiap unit yang dijual akan mendapat berapa keuntungan?

Mark-up = [P / C] x 100
P / C = Mark-up / 100
P / C = 80 / 100
P = 0.8 x C
P = 0.8 x 18
P = 14.40

Atau jika anda hendak mendapatkan keuntungan setiap unit sebanyak RM 3, margin anda ialah 25%, barangan anda perlu dijual dengan harga?

Margin = [P / S] x 100
P / S = Margin / 100
S / P = 100 / Margin
S / P = 100/25
S = 4 x P
= 4 x 3
= 12

Jika anda hendak mendapat keuntungan 30% margin, kos belian anda ialah RM 10 setiap unit. Anda perlu menetapkan harga pada tahap apa supaya boleh mencapai matlamat anda?

Anda tahu bahawa margin = 30%, oleh itu Profit / Sales = 30 / 100.
Sales = 100%
(-) Cost = 70%
Profit= 30%

Oleh itu : 70% - RM 10
100% - RM 10 x [100 / 70] = RM 14.29。

Jika mark-up anda ialah 40%, jualan anda ialah RM 35,000, anda akan mendapat jumlah keuntungan sebanyak?

Profit / Cost = 40 / 100。

Sales = 140%
(-) Cost = 100%
Profit = 40%

Oleh itu: 140% - RM 35,000
40% - RM 35,000 x [40/140] = RM10,000。

16-01-2008

1 comment:

skyemarielopez said...

I’ll probably be back again to read more. Thanks for sharing this with us. Kudos!

www.n8fan.net