Wednesday, February 27, 2008

Manufacturing Accounts – Bahagian 2




Perbezaan antara syarikat yang beroperasi sebagai pengilang dan syarikat beroperasi sebagai penjual-beli barangan ialah kos jualan pengilang merupakan kos pengeluaran tetapi kos jualan penjual-beli barangan ialah kos belian. Oleh itu, kos jualan pengilang akan digantikan daripada belian kepada kos pengeluaran. Walaubagaimanapun, jika ia juga membeli barang siap daripada pihak lain disamping mengeluar barang sendiri, penyata pendapatannya selain terdapat kos pengeluaran (*), akan terdapat juga item belian (**).

Stok kerja dalam proses (Work in progress Stock) merupakan stok barangan yang sedang diproses dan belum siap pada tarikh penutupan akaun (Year end). Oleh itu, item stok dalam kunci kira-kira bagi pengilang akan terdiri daripada stok akhir bahan mentah, barang siap dan kerja dalam proses.

Selain daripada perbezaan-perbezaan tersebut, persembahan kunci kira-kiranya adalah sama seperti perniagaan jenis lain.

27-02-2008


Saturday, January 26, 2008

Manufacturing Accounts – Bahagian 1

Apabila anda menyediakan hal-ehwal perakaunan bagi sebuah kilang, anda bukan sahaja perlu menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (Trading and Profit and Loss Account / Income Statement) dan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet), anda juga perlu menyediakan Akaun Pekilangan (Manufacturing Account).

Dalam sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran, kos yang dialami olehnya terdiri daripada Kos Pengeluran / Pengilangan (Production Cost) dan kos bukan pengeluaran seperti Belanja Pentadbiran (Administrative Expenses), Belanja Jualan dan Penghantaran (Selling and Distribution Expenses) dan Caj Kewangan (Financial Charges). Oleh itu, semua kos pengeluaran akan dimasukkan ke dalam Akaun Pekilangan dan kos bukan pengeluaran dimasukkan ke dalam Akuan Untung Rugi.

Kos pengeluaran secara kasarnya boleh dibahagikan kepada kos langsung / kos prima (Prime Cost) dan kos pengeluaran tidak langsung. Kos Prima terdiri darapada Bahan Langsung (Direct Materials), Buruh Langsung (Direct Labour) dan Belanja Langsung (Direct Expenses).

Anda mungkin akan bertanya apa itu Bahan Langsung, Buruh Langsung dan Belanja Langsung? Apabila anda hendak mengeluarkan sesuatu barangan, ia perlukan bahan mentah yang dikenali sebagai Bahan Langsung. Sebagai contoh, anda hendak mengeluarkan botol plastik, bahan getah mentah yang digunakan merupakan bahan langsungnya. Kos buruh yang menjalankan pengeluaran seperti operator mesin dikenali sebagai Buruh Langsung. Jika anda ingin mencetakkan corak seperti Batman diatas botol tersebut, anda perlu membayar royalti kepada pemiliknya, belanja tersebut dikenali sebagai Belanja Langsung.

Belanja-belanja yang tidak secara langsung dilibatkan di dalam pengeluaran seperti elektrik dan air kilang, gaji pengurus dan penyelia kilang dan lain-lain dikenali sebagai Kos Pengeluaran Tidak Langsung.

25-01-2008

Tuesday, January 15, 2008

Mark-up dan Margin

Apa itu Mark-up dan Margin? Mereka merupakan nisbah keuntungan yang dikirakan secara peratusan. Perbezaan antara Mark-up dan margin hanyalah Mark-up dikirakan atas kos dan margin dikirakan atas jualan.

Oleh itu, fomula pengiraan Mark-up adalah seperti berikut:

Mark-up = [Keuntungan (Profit) / Kos (Cost)] x 100

Contoh: Cost price = RM 3, anda hendak untung RM 0.50. Oleh itu, Mark-up = [0.50 / 3] x 100 = 16.67%. Atau Cost of sales = RM 13,000, Gross Profit = RM 5,500, Mark-up = [5,500 / 13,000] x 100 = 42.31%.

Fomula pengiraan Margin adalah:

Margin = [Keuntungan (Profit) / Jualan (Sales)] x 100

Contoh: Selling price = RM 4, untung RM 1, Margin = [1/4] x 100 = 25% atau Sales = RM 20,000, Gross Profit = RM 5,000, Margin = [5,000/20,000] x 100 = 25%.

Jika anda hendak mark-upkan barangan sebanyak 80%, harga belian ialah RM 18, setiap unit yang dijual akan mendapat berapa keuntungan?

Mark-up = [P / C] x 100
P / C = Mark-up / 100
P / C = 80 / 100
P = 0.8 x C
P = 0.8 x 18
P = 14.40

Atau jika anda hendak mendapatkan keuntungan setiap unit sebanyak RM 3, margin anda ialah 25%, barangan anda perlu dijual dengan harga?

Margin = [P / S] x 100
P / S = Margin / 100
S / P = 100 / Margin
S / P = 100/25
S = 4 x P
= 4 x 3
= 12

Jika anda hendak mendapat keuntungan 30% margin, kos belian anda ialah RM 10 setiap unit. Anda perlu menetapkan harga pada tahap apa supaya boleh mencapai matlamat anda?

Anda tahu bahawa margin = 30%, oleh itu Profit / Sales = 30 / 100.
Sales = 100%
(-) Cost = 70%
Profit= 30%

Oleh itu : 70% - RM 10
100% - RM 10 x [100 / 70] = RM 14.29。

Jika mark-up anda ialah 40%, jualan anda ialah RM 35,000, anda akan mendapat jumlah keuntungan sebanyak?

Profit / Cost = 40 / 100。

Sales = 140%
(-) Cost = 100%
Profit = 40%

Oleh itu: 140% - RM 35,000
40% - RM 35,000 x [40/140] = RM10,000。

16-01-2008

Wednesday, January 9, 2008

Accounts of Non-Profit Organizations – Bahagian 1

Topic yang akan disampaikan pada hari ini ialah mengenai Perakaunan atas Organisasi Bukan Untung ( Accounts of Non-Profit Organizations). Sebelum anda terus membaca, anda perlu bertanya: apa itu organisasi bukan untung?

Organisasi secara kasarnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Satunya ialah oeganisasi berorentasi untung seperti perniagan tunggal, perkongsian dan syarikat. Lagi satunya ialah organisasi bukan berorentasi untung seperti persatuan, kelab, kesatuan dan lain-lain.

Secara kasarnya, perkaunan untuk dua kumpulan ini tidak ada banyak perbezaan. Perbezaannya hanya tumpu kepada Terms dan Format sahaja. Berikut ialah perbezaan-perbezaan yang perlu diingati:

Perbezaan 1: Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (Trading and Profit and Loss Account) – Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan (Income and Expenditure Account)

Perbezaan 2: Untung Bersih (Net Profit) – Lebihan Pendapatan atas Perbelanjaan (Surplus of Income over Expenditure).

Perbezaan 3: Rugi Bersih (Net Loss) – Lebihan Perbelanjaan atas Pendapatan( Excess of Expenditure over Income).

Perbezaan 4: Menggantikan Akaun Modal (Capital Account) dalam organisasi berorentasi untung kepada Dana Terkumpul (Accumulated Fund).

Selain itu, anda juga perlu mengetahui organisasi bukan untung perlu melaporkan ringkasan buku tunai yang dikenali sebagai Akaun Penerimaan dan Pembayaran (Receipts and Payments Account).

Secara kesimpulan, kebanyakan perbezaan hanya tertumpu kepada terms, tetapi konsepnya masih sama. Sebagai contoh: konsep pendapatan (Income) masih sama iaitu Debit Debtors/Cash/Bank, Credit Income. Lagi satu perbezaan ialah Format tetapi Kunci kira-kira (Balance Sheet) secara kasarnya sama.

Dalam bahagian 2, saya akan menyentuh tentang Format Akaun Akhir (Final Account) bagi organisasi bukan untung.

10-01-2008