Saturday, January 26, 2008

Manufacturing Accounts – Bahagian 1

Apabila anda menyediakan hal-ehwal perakaunan bagi sebuah kilang, anda bukan sahaja perlu menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (Trading and Profit and Loss Account / Income Statement) dan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet), anda juga perlu menyediakan Akaun Pekilangan (Manufacturing Account).

Dalam sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran, kos yang dialami olehnya terdiri daripada Kos Pengeluran / Pengilangan (Production Cost) dan kos bukan pengeluaran seperti Belanja Pentadbiran (Administrative Expenses), Belanja Jualan dan Penghantaran (Selling and Distribution Expenses) dan Caj Kewangan (Financial Charges). Oleh itu, semua kos pengeluaran akan dimasukkan ke dalam Akaun Pekilangan dan kos bukan pengeluaran dimasukkan ke dalam Akuan Untung Rugi.

Kos pengeluaran secara kasarnya boleh dibahagikan kepada kos langsung / kos prima (Prime Cost) dan kos pengeluaran tidak langsung. Kos Prima terdiri darapada Bahan Langsung (Direct Materials), Buruh Langsung (Direct Labour) dan Belanja Langsung (Direct Expenses).

Anda mungkin akan bertanya apa itu Bahan Langsung, Buruh Langsung dan Belanja Langsung? Apabila anda hendak mengeluarkan sesuatu barangan, ia perlukan bahan mentah yang dikenali sebagai Bahan Langsung. Sebagai contoh, anda hendak mengeluarkan botol plastik, bahan getah mentah yang digunakan merupakan bahan langsungnya. Kos buruh yang menjalankan pengeluaran seperti operator mesin dikenali sebagai Buruh Langsung. Jika anda ingin mencetakkan corak seperti Batman diatas botol tersebut, anda perlu membayar royalti kepada pemiliknya, belanja tersebut dikenali sebagai Belanja Langsung.

Belanja-belanja yang tidak secara langsung dilibatkan di dalam pengeluaran seperti elektrik dan air kilang, gaji pengurus dan penyelia kilang dan lain-lain dikenali sebagai Kos Pengeluaran Tidak Langsung.

25-01-2008

No comments: